Pertama kali Studio Inspirasi NS (Nazri Salleh) akan sama-sama sertai karnival terbesar ‘Johor Wedding & Beauty Fair 2010′ di bangunan EXPO Danga City Mall pada 22 Oktober 2010 sehingga 24 Oktober 2010. Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk mempromosi perkhidmatan perkahwinan diantaranya andaman, busana pengantin, kad kahwin, fotografi dan pelbagai lagi didalam satu bumbung yang tidak kurang 100 penyertaan dari pelbagai syarikat besar dan terkenal didalam industri perkahwinan. Karnival ini dianjurkan oleh NY Event Management yang berpengalaman dalam pelbagai penganjuran sejak 1998 di Johor Bahru.
Bagi memastikan karnival besar ini berjaya dan mencapai lebih 100,000 orang pengunjung, pihak penganjur akan memperluaskan pengiklanan melalui akhbar-akhbar tempatan seperti Harian Metro, Berita Harian, Sien Chew, News Straits Times dan menerusi siaran radio, Era FM, Best 104 dan My FM 93.3 FM (Singapura). Tidak lupa juga memperluaskan pengiklanan melalui Banner, Banting da Billboard dilokasi strategik.
Karnival ini juga mendapat sokongan dari pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Pelancongan Malaysia dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Turut hadir jemputan rombongan daripada Pemuda/Wanita/Puteri UMNO, MCA, MIC Negeri Johor bagi memeriahkan lagi majlis perasmian.
Peniaga-peniaga dari Singapura, Indonesia, Taiwan, China dan Brunei juga ditawarkan tempat bagi menjalankan perniagaan disamping memperkenalkan produk dari negara masing-masing. Selain itu juga pelbagai aktiviti pentas seperti pertunjukan fesyen pakaian pengantin oleh 100 model, persembahan tarian kebudayaan dan pertunjukan solekan dan rambut dari salon-salon yang terkenal dan pertandingan mengandam.
Orang ramai dijemput hadir terutama kepada pasangan-pasangan yang merancang untuk melansungkan perkahwinan tahun ini atau tahun hadapan. Inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan harga terendah dan pakej istimewa dari Studio Inspirasi NS (Nazri Salleh). Nikmati harga terbaik yang tidak akan anda dapat dari mana-mana. Khas untuk karnival ini sahaja. Datang dan langgan perkhidmatan kami, anda pasti puas hati Kerana ‘Anda Adalah Keutamaan Kami’.
Datang ke Booth Studio Inspirasi NS (Nazri Salleh) dan nikmati harga terendah serta menangi hadiah cabutan bertuah dengan setiap wang ringgit yang anda belanjakan.
Bersempena Karnival ‘Johor Wedding & Beauty Fair 2010′ ini, Studio Inspirasi NS (Nazri Salleh) akan mengadakan pertandingan yang mencari gambar aksi pasangan paling romantik. Hadiah menarik menanti kepada bakal pemenang pertandingan ini.
Berikut syarat-syarat penyertaan:
1.) Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
2.) Penyertaan dalam bentuk berpasangan samada sudah berkahwin atau belum. 2 orang sahaja.
3.) Konsep penyertaan bebas berdasarkan kreativiti sendiri.
4.) Peserta perlu menghantar satu (1) keping gambar bersaiz 4R beserta borang penyertaan.
5.) Gambar tersebut mesti bergambar bersama dengan pasangan anda yang berdaftar dalam borang penyertaan ini.
6.) Satu (1) gambar untuk satu (1) penyertaan sahaja.
7.) Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan. Borang boleh di fotostat.
8.) Bayaran penyertaan untuk Satu (1) penyertaan adalah RM50 sahaja. Pendaftaran awal perlu membuat bayaran penyertaan melalui Bank-in/ Online Transfer ke CIMB, atas nama NAZRI BIN MOHAD SALLEH, Acc: 01060069039529. Pendaftaran pada 22,23 & 24hb Oktober 2010 perlu membayar terus ke booth:106, Studio Inspirasi NS.
9.) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
10.) Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang aktiviti peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
11) Untuk penyertaan awal, alamatkan borang penyertaan kepada: Studio Inspirasi NS, No.24, Jalan Permata 9, Taman Sri Jaya, Renggam, 86300 Kluang, Johor atau scan borang tersebut selepas diisi ke alamat email: admin@studiopages.net
12.) Peserta yang tidak hadir atau lewat hadir semasa sesi penyerahan hadiah jika menang,penganjur berhak menarik balik hadiah tersebut dan duit penyertaan RM50 tersebut tidak akan dipulangkan.
13.) Keputusan pengadil adalah muktamad.
14.) Pastikan resit bayaran penyertaan dibawa semasa acara nanti sebagai bukti.
15.) Tarikh Tutup Penyertaan: 24 Oktober 2010 jam 5 petang.
Penyertaan dibuka sekarang sehingga akhir karnival tersebut pada 24 Oktober 2010 jam 5 petang. Borang penyertaan boleh diperolehi di:
NY Models Studio
No.39-02, Jalan Harmonium 33/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru.
Tel:07-352 5919 | 019-754 7100
atau
Sebarang Pertanyaan sila hubungi:
En. Nazri Salleh
0127152321::0137230803
YM: studio.inspirasins
FaceBook: Nazri Bin Mohad Salleh
Email: nazrisalleh@studiopages.net
Popularity: 11% [?]
Comments
nice,
harap lebih ramai yang akan join contest ni nanti
keep it up bro