Category: Info Perkahwinan

 

Pameran Pengantin Johor 2016

Pameran Pengantin Johor 2016

PAMERAN PENGANTIN JOHOR 2016 (SIRI KE 2) di GALLERIA KOTARAYA JOHOR BAHRU pada 26 Ogos hingga 5 September 2016 dari 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai acara menarik disediakan termasuk artis-artis jemputan terkenal antaranya seperti Aiman Tino, Daler Yusuf & Dato Iffa Raziah. Peragaan busana pengantin dan solekan terkini oleh andaman juga akan diperagakan bagi memeriahkan lagi pameran pengantin ini.

Pameran%20Pengantin%20Johor%202016_zpspaszsx1o.jpg

Kami dari Studio Inspirasi NS juga akan menawarkan tawaran menarik disamping menengahkan album, foto, canvas dan item-item lain yang terbaru dan terkini. Pasti rambang mata dibuatnya.

Poster%20Promo_zpswzgkv9dc.jpg

Jangan lupa rebut juga peluang cabutan bertuah yang banyak menawarkan hadiah menarik. Penyertaan sangat mudah dengan pilih mana-mana pakej peniaga yang sertai PAMERAN PENGANTIN JOHOR 2016 ini, anda hanya perlu buat bayaran deposit RM500 dan anda layak menerima 1 cabutan bertuah.

Pameran%20Pengantin%20Johor%202016-CabutanBertuah_zpsjstp9fmn.jpg

Apa tunggu lagi?!!..Jom beramai-ramai datang & buat tempahan terutama bakal pengantin. Jangan lepaskan peluang dapatkan senarai pakej & tawaran menarik yang menanti anda.

Kehadiran anda sangat kami hargai.

Untuk buat temujanji pada waktu pameran pengantin Johor, hubungi:
–> Nazri Salleh 012-715 2321
–> Shima Mustaffa 012-741 7421

Ilmu Penting Dalam Perkahwinan

001_012_060413

Setiap pasangan mengimpikan kebahagiaan bersama sehingga ke akhir hayat namun ramai yang tidak bersedia atau ambil tahu bagaimana untuk kekalkan kebahagiaan itu disepanjang perjalanan untuk sehingga ke akhir hayat. Lebih parah lagi bila mereka tidak tahu langsung berkenaan cara mengenali psikologi pasangan mereka sendiri. Mereka lebih mengharap supaya ia terbina sendirinya dan mengharapkan orang disekeliling mereka.

Ruang-ruang inilah yang diambil kesempatan oleh orang-orang yang tak suka lihat pasangan itu bahagia dan hidup aman. Musuh-musuh inilah yang perlu kita sedar dan jauhkan malah musuh-musuh ini bukan asing bagi mereka kerana musuh ini terdiri dari orang yang rapat dan terdekat dengan kehidupan mereka seperti kawan,rakan sekerja,saudara mara,adik beradik,jiran dan ibu bapa.

Dalam perkahwinan mesti ada ilmu..paling penting ilmu psikologi antara suami dan isteri..byk pasangan sudah tak amik peduli hati dan perasaan pasangan bila sudah berkahwin kerana mereka anggap bila sudah berkahwin, kita dah dapat ape yang kita nak, tapi mereka lupa nak kekal kebahagiaan dalam perkahwinan lebih penting dan perlu diutamakn. Perkahwinan sentiasa mengalami proses pembaikan dan kemaskini dalam diri.

Tiada istilah sudah lengkap dan tidak boleh ditegur lagi. Proses pembelajaran sentiasa berlaku dan setiap pasangan perlu bersikap terbuka menerima teguran dan nasihat sesama sendiri. Tambah ilmu dengan hadirkan diri atau tonton kuliah agama berkaitan semua isu termasuk rumahtangga kerana itu adalah pilihan terbaik selain kita meminta pertolongan atau nasihat dari orang sekeliling yang tidak sepatutnya.

Ilmu sangat penting dan jangan lupa untuk ulangkaji. Jangan anggap kita dah tahu semua tanpa ulangkaji. Ulangkaji penting demi mengekalkan momentum kesedaran dalam diri dan ini membantu kita untuk bermuhasabah diri satu hari nanti. Kita perlu bersedia dari awal sebagai bekalan dan jangan sehingga masalah berlaku baru kita hendak mencari ilmu dibimbangi akan sesat jalan.

Jangan bila pasangan sudah tawar hati, nak memulakan kembali bukan senang..sebaik-baiknya jaga dari mula lagi iaitu sejak bila sudah sah menjadi suami isteri.

sekian.

*kain alas makanan (biasa waktu kenduri) dipanggil ‘kain saprah’..prkhwinan lepas mengajar aku

Ikhlas,
Nazri Salleh
Studio Inspirasi NS
http://studiopages.net

11 Tip Hantaran Sempurna

414198_10150578371663458_532811896_o

Berikut adalah tips dan panduan berguna yang dikongsikan kepada bakal mempelai. Diharap perkongsian ini bermanfaat.

1) Pastikan warna alas ataupun dulang sesuai dengan bunga yang dipilih. Untuk pengetahuan alas dulang dan hiasan tidak perlu dari tone yang sama. Jika anda inginkan dekorasi yang menyerlah, pemilihan warna yang kontra amat diperlukan.

2) Barang hantaran yang dipilih perlukan sesuai dengan warna bunga, warna alas dulang, saiz dan bentuk gubahan.

3) Cuba elakkan penggunaan ‘double tape’ dalam gubahan untuk mengelakkan kerosakan barang-barang hantaran.

4) Gunakan reben yang berdawai di tepi dan bersaiz besar untuk memudahkan pembentukan hiasan.

5) Jika anda menggunakan bunga segar, pastikan span basah dibalut dengan plastik nipis.

6) Seimbangkan pemberian makanan dan barang-barang. Contohnya jika ada sembilan dulang hantaran, tiga hantaran boleh dalam bentuk makanan dan enam dulang lagi dalam bentuk barang-barang lain.

7) Dekorasi hantaran yang berbentuk makanan hendaklah menggunakan bekas makanan yang bertutup dan elakkan daripada terdedah.

8) Bagi memastikan dekorasi hantaran anda sedap di pandang mata, elakkan susunan gubahan yang terlalu tinggi.

9) Bagi memastikan dekorasi hantaran anda sempurna, jangan lupa untuk membuang tag harga pada barang-barang untuk orang yang anda sayang.

10) Perbincangan antara kedua-dua belah pihak amat penting dalam pemilihan dulang hantaran. Pastikan kedua-dua belah pihak faham dengan adat dulang hantaran. Dulang hantaran tinggi khas dari pihak lelaki dan dulang hantaran yang rendah adalah khas dari pihak wanita. Dulang hantaran yang tinggi bermaksud pihak lelaki datang berkunjung ke rumah pihak perempuan. Dulang yang rendah pula bermaksud pihak perempuan menantikan kehadiran dari pihak lelaki.

11) Elakkan penggunaan bunga segar sekiranya perjalanan ke majlis pernikahan jauh.

Info Perkahwinan
Studio Inspirasi NS
http://studiopages.net

Prinsip Jurufoto Perkahwinan

gadet-yg-ada

Ada sesetengah pendapat yang mengatakan menjadi jurufoto atau jurugambar amat mudah dan senang. Hanya beli kamera DSLR dan lepas tu, minta izin rakan utk ambil gambar kahwin dia…nah..terus jadi jurufoto perkahwinan. Adakah semudah itu untuk mencapai title tersebut? Adakah semurah itu?

Setiap orang mempunyai sudut pandangan peribadi masing-masing namun yang pasti cabaran sebagai jurufoto yang baik tetap ada samada dari segi kemampuan membeli peralatan fotografi, sokongan keluarga, kekurangan ilmu, kekangan masa dan sebagainya.

Untuk menjadi seorang jurufoto perkahwinan bukan mudah kerana seorang jurufoto perlu mempunyai karisma tersendiri yang lahir dalam diri. Dari mana datangnya karisma tersebut? Ia datang dari rasa minat, cinta, pengorbanan, kecekalan, kesabaran, azam, matlamat dan kesungguhan dari dalam diri. Jika hanya sekadar membeli kamera DSLR 30 ribu sekalipun tetapi nilai-nilai tadi tidak diterapkan ia tiada maknanya.

Saya sendiri mengalami pelbagai cabaran dalam mempertahankan kerjaya ini. Jika saya tidak memiliki nilai-nilai tersebut sudah pasti saya tidak dapat bertahan walaupun setahun. Pengalaman mengajar kita. Jika masyarakat selalu memandang rendah kepada kerjaya ini, jangan sesekali berasa kecewa. Sebenarnya yang meletakkan dan merendahkan status seorang jurugambar perkahwinan ini adalah jurugambar itu sendiri kerana ada di antara mereka meletakkan harga jauh lebih rendah kerana bimbang tidak mendapat sebarang tempahan. Akibatnya, mutu kerja yang dihasilkan tidak ke mana kerana tidak mahu membuat kerja lebih disebabkan bayaran yang rendah.

Dunia fotografi sekarang semakin mencabar. Anda memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup terutamanya untuk bersaing di dalam industri ini. Sedikit tips yang boleh saya kongsi dengan anda ialah seseorang jurugambar memerlukan kemahiran dalam pengendalian kamera, pengetahuan merangka subjek dan memahami gambar untuk memahami perasaan. Anda perlu menggunakan prinsip tigasegi: mahirkanlah tangan yang memegang kamera, gunakanlah otak untuk mencari objek dan gunakan hati untuk menghayati gambar yang akan diambil.

Inilah yang dinamakan jurufoto perkahwinan sejati. Bukan hanya sekadar mengambil gambar tetapi juga disertakan nilai seni dan penghayatan dari dalam diri. Ia lebih bernilai dan nilai itulah sebenarnya yang dibayar oleh setiap pelanggan.

Artikel Oleh: En.Nazri Salleh
Studio Inspirasi NS

Hotline
Hotline
Copy Protected by Tech Tips's & Computer Tricks'sCopyProtect Wordpress Blogs.