Policy

Last update: 11 Disember 2010

Pembayaran

Pembayaran deposit atau penuh haruslah melalui Studio Inspirasi NS iaitu kepada En.Nazri Salleh sendiri. Saya tidak melantik mana-mana wakil mengutip bayaran. Sekiranya terdapat individu tertentu mengutip bayaran tanpa kebenaran (lisan/bersurat) dari saya,segera hubungi saya untuk tindakan lanjut.

Tempahan

Tempahan dianggap sah sekiranya tempahan disertakan dengan borang yang disediakan oleh pihak syarikat Studio Inspirasi NS sahaja secara bertulis, bercetak, elektronik atau online. Pihak syarikat akan memberitahu melalui apa-apa jua saluran atau secara lisan sebagai tanda borang tempahan telah diterima oleh pihak syarikat.

Deposit

Pihak syarikat tidak akan membayar balik atau memulangkan duit deposit sepenuhnya yang telah dibayar apabila pelanggan membatalkan tempahan walau apa juga alasan pembatalan tersebut sebagai ganti rugi kepada pihak syarikat Studio Inspirasi NS dan En. Nazri Salleh kerana menolak tempahan pelanggan lain semasa dan sebelum pembatalan tersebut berlaku. Saya utamakan ‘first come, first serve’.

Apabila berlaku pembatalan tempahan fotografi dari pihak pelanggan, deposit fotografi tersebut yang telah dibayar beserta resit atau bukti pembayaran ia tidak boleh ditukar ganti dengan mana-mana produk atau perkhidmatan lain yang sama nilai atau tidak. Pelanggan hanya boleh menukar pakej lain yang telah ditetapkan sahaja.

Pembayaran baki bayaran perkhidmatan fotografi

Pihak syarikat Studio Inspirasi NS melalui En. Nazri Salleh akan dan berhak menuntut baki bayaran untuk perkhidmatan fotografi sekurang-kurangnya selepas habis majlis pada hari tersebut itu juga. Pihak syarikat tidak menjalankan proses menyiapkan barang-barang tempahan pelanggan tersebut selagi pihak syarikat melalui En. Nazri Salleh tidak menerima apa-apa bayaran akhir lepas habis majlis pada hari tersebut. Pelanggan tidak boleh mengubah perjanjian awal yang telah dipersetujui bersama samada secara lisan atau bertulis pada saat-saat akhir.

Hak menyiarkan foto tujuan promosi

Pihak syarikat berhak menyiarkan gambar-gambar pelanggan bagi tujuan promosi samada secara cetak, elektronik, digital, atau apa jua saluran penyiaran pada masa depan. Tidak perlu persetujuan dari mana-mana pihak.
Namun begitu pihak syarikat akan menjaga ketertiban dalam penyiaran. Hanya yang sopan dari segi pakaian dan persembahan akan diterbitkan.Tiada syak wasangka.
Gambar pelanggan yang terpilih (disiarkan) tidak boleh menuntut apa-apa pembayaran dan gantirugi semasa dan selepas gambar ini disiarkan pada umum.Sebarang tuntutan tidak akan dilayan sama sekali.Ia menjadi hak mutlak Studio Inspirasi NS.

Kerugian dan Tuntutan

Pelanggan tidak boleh menuntut apa-apa tuntutan yang diantaranya kerugian atau apa-apa faedah lain dari pihak syarikat Studio Inspirasi NS dan En. Nazri Salleh sebagai pemilik perniagaan ini setelah pakej perkahwinan atau lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan diambil atau dilanggan, juga apa-apa tawaran percuma atau berbayar berbentuk perkhidmatan atau barangan. Hanya barangan dan perkhidmatan yang disenaraikan termasuk apa-apa tawaran percuma atau berbayar yang telah dipersetujui bersama sahaja akan diberikan. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab dengan apa-apa risiko yang terjadi terhadap pelanggan kami sebelum, semasa, dan selepas walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Notis

Pihak syarikat berhak menukar terma dan syarat ini tanpa notis kepada pelanggan pada bila-bila masa. Sebarang saluran komunikasi kepada pihak syarikat tidak akan dilayan sekiranya pelanggan tidak mahu mematuhi terma dan syarat diatas.

Sebarang permohonan budi bicara dan pertanyaan sila hubungi:
En. Nazri Salleh
0127152321(wasap/Line/sms/call)
YM: studio.inspirasins
FaceBook: Studions
Email: studio.inspirasins@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hotline
Hotline
Copy Protected by Tech Tips's & Computer Tricks'sCopyProtect Wordpress Blogs.